Sunday, 29 November 2015

Tips Cuci Kereta

Assalamualaikum...Baiklah! Sudah sedia dengan pen dan kertas? Apa? Takde kertas? Aih, Henpon mahal-mahal tu simpan buat apa. Ambil gambar jelah, then save dalam gallery korang yang penuh dengan gambar selfie tu. Kan..kan..kan.. :p


Tip 1: Menghilangkan Kesan Cat

Bahan: Ubat Gosok (Ubat Terseliuh*senang cerita korang beli jelah ammeltz yoko yoko*
Cara-cara: Gosok je ubat ni dekat tempat yang ada kesan cat pada kereta korang tu sampai hilang kesan cat. Gosok biar lemah lembut dan kasih sayang.


Tip 2: Hilangkan Karat Kereta

Bahan: Air Coke
Cara-cara: Celupkan air coke pada kain bersih dan gosokkan pada kesan karat yang ada pada kereta sehingga hilang kesan karat.
*bayangkan air coke kalau diminum, mahunya cuci bersih berkilat perut kita tu kan?*


Tip 3: Buang Pelekat Pada Cermin Kereta

Bahan: Penyembur Aerosol (Ridset) + Air Panas
Cara-cara: 
  • Rendamkan tuala dalam air panas dan biarkan seketika.
  •  Sementara tu, sembur aerosol pada pelekat kereta
  • Kemudian, ambil tuala panas tadi dan lekapkan pada pelekat kereta sehingga menutupi keseluruhan pelekat.
  • Lipatkan tuala (dalam 2-3 lipatan) tadi naik ke atas iaitu pada kedudukan betul-betul atas pelekat.
  • Lastly, tarik perlahan-lahan pelekat dengan kain tuala yang dilipatkan tu dengan gerakan menurun ke bawah.

Tip 4: Hilangkan Bekas Percikan Air/Kotoran Pada Besi kereta 
*juga boleh digunakan untuk bersihkan pili paip air.

Bahan: Ubat Gigi (yang mengandungi abrasif)
Cara-cara:
  • Picit ubat gigi pada kain tuala kering
  • Gosokkan besi/lampu depan kereta dengan kain tuala tadi sampai berkilat

 Tip 5: Hilangkan Kotoran/Kilatkan Cermin Depan Kereta

Bahan: Ubi Kentang
Cara-cara:
  • Ubi kentang dibelah dua
  • Kemudian, gosokkan isi kentang pada cermin depan
  • Lapkan kesan ubi kentang tadi dengan kain tuala kering sehingga berkilat

Tip 6: Hilangkan Kotoran Pada Badan Kereta

Bahan: Kulit Limau (Oren)
Cara-cara:
  • Rebus kulit limau dalam air panas sampai mendidih
  • Ambil air oren dan rendamkan tuala ke dalamnya
  • Cuci badan kereta dengan kain tuala tadi
  • Bilas badan kereta dengan air bersih menggunakan kain tuala.

Tip 7: Hilangkan Kuman Pada Stereng

Bahan: Cuka Makan + Air
Cara-cara:
  • Bancuh cuka (2) dengan air (8) pada nisbah 2:8
  • Celupkan tuala ke dalam campuran cuka tadi
  • Lapkan/gosokkan stereng sehingga bersih

Tip 8: Hilangkan Kotoran Pada Dashboard

Bahan: Sarung Kaki (wanita) + Air
Cara-cara:
  • Masukkan kain tuala kering ke dalam sarung kaki dan balutkannya
  • Sembur air pada dashboard dan gosok menggunakan sarung kaki tadi sehingga bersih

Tip 9: Hilangkan Kotoran Di Celah Lubang Aircond

Bahan: Putik Kapas + Air Mustard (air biji sawi)
Cara-cara:
  • Celupkan/Percikan putih kapas dengan air mustard

Ha! Hampa dok tunggu pa lagi. Pi la cuci kereta. Biaq berkilat. Meghelit meghelap. Haha...

Selamat mencuba.